
Allah Melihatmu - 2025 (Cover by SQMD)
Watch it now! The Official Lyric Video is realased! • Allah Melihatmu ⬇️ Download: [https://drive.google.com/file/d/1jdKfzM9x_3docUskutMvjOvZsDhJht10/view?usp=drivesdk] And it will also be available soon on Spotify. ✨ Stay tuned! ✨ SELAMAT DATANG ERA BARU, DEFINISIKAN KEMBALI HIBURAN JIWA ====================================== ALLAH MELIHATMU Kalau engkau sedar Allah sentiasa melihat Setiap detik mengetahui Diri lahir dan batin Terus-menerus mendengar Melihat perbuatan diri Kuasanya kehendaknya tidak akan pernah lekang Dia boleh buat apa sahaja Sedikit pun kita tidak Dapat untuk menolaknya Membalas yang baik dan buruk Sekalipun sebesar debu Membalas yang baik dan buruk Sekalipun sebesar debu Sudah tentu jiwa akan Sentiasa bergelombang Kerana rasa takut Rasa takut dengan Tuhan Cemas selalu tidak menentu Kecut hatimu resah gelisah Hingga mengganggu akal fikiranmu Cemas selalu tidak menentu Kecut hatimu resah gelisah Hingga mengganggu akal fikiranmu Kalau begitu sudah tentu Dunia tak akan menipu Sudah tentu takut sekali Hendak membuat dosa Begitulah hati para rasul anbiya dan para aulia Rasa bertuhan sangat tajam Mencengkam hati jiwa mereka Rasa bertuhan tidak lekang Dari perasaan mereka Merekalah orang yang benar Benar mengenal Tuhannya Walaupun jasad lahir mereka Selalu bersama manusia Namun hati-hati mereka Sentiasa bersama Tuhan (Abuya Asaari Muhammad)